Wednesday, March 31, 2010

Mari jawab IQ test!!!

Salam semua..

Hari ni saya nk bg 3 soalan uji minda...




Soalan pertama

The day is not the day after Monday, nor the eve of Thursday. Tomorrow is not Sunday which was not yesterday. The day after tomorrow is not Saturday, and the day before yesterday wasn't Wednesday. What is the day?
Answer:
a) Sunday
b) Monday
c) Tuesday
d) Wednesday
e) Thursday
f) Friday
g) Saturday



Soalan kedua

John says he has twice as many sisters as brothers. Leah says that she has as many brothers as sisters. How many girls are in the family?
Answer:
a) 0
b) 1
c) 2
d) 3
e) 4
f) 5



Soalan ketiga

The children are named by order of the birth following a precise rule. The family has 6 children
Wari --> Capac --> Pucara -->
Topa --> Tampu --> ??

What is the name of the 6th child?
Answer:
a) Maranas
b) Moxeke
c) Raymi
d) Mita
e) Tiso
f) Rimac



Saya akn bg jwpn pd entri sterusnya....
Sudi-sudilah jawab di ruang komen..
Selamat menjawab..

Tuesday, March 30, 2010

Terasa diriku begitu berharga...


Salam semua...

Dalam 2-3 minggu ni saya ada terima 2 award a.k.a di tag oleh rakan2 blogger...sampai tak ingat dah sape yang tag saya. Antara yg sy ingat tiewa, mieran dan yg terbaru dari queen. Maaf kerana baru post entri psl award ni.

Saya dapat 2 award iaitu

Anugerah Terhormat Top Blogger 2010


dan yg satu lagi

Beautiful Blogger Award


So, sy gabungkan dlm 1 entry. Terima kasih kpd kwn2 yg bagi penghargaan ini kpd saya. Bagi saya, ia sgt bernilai. Antara beberapa syarat yg perlu sy buat untuk menerima award ini ialah perlu berterima kasih kpd yg memberi award, pass award kpd rakan2 blogger lain, dan beritahu 7 perkara tentang diri saya.

ok...ini 7 perkara psl diri saya..

1. Saya sayang suami saya sgt7x...sbut skit nama abg mata cepetku yg terchenta hehe..~ Nik Abdullah Afif B. Nik Mohamed (syukur dpt suami sepertimu)
2. Korang boleh panggil saya Zue @ Zuliana @ K.ngah
3. Saya bakal menimang cahaya mata pertama tak lama lg...ms dh dkat...doakan semuanya baik ye kwn2..
4. Saya suka blogging tapi skrg dh sarat, xbrp larat nk mngadap lappy lama2, sakit pinggang. Blogwalking dh kurang..
5. Buat masa ni saya tak kerja...suri rumah..tp ada mnjalankan perniagaan kecil-kecilan di internet.
6. Saya suka arnab
7. Saya sayang anda semua...terutama kpd yg rajin bkk n baca blog saya yg tak seberapa ni..


Saya nk pass award ni kepada semua blogger terutama yg ada dlm blog list saya..
terima kasih...

Monday, March 29, 2010

Kisah kura-kura..

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"
Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.
Kekura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."
Kekura I & II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."
Kekura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 3 jam?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "Kalau 1 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "3 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "5 hari?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "1 minggu?"
Kura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu."
Kekura III: "2 minggu?"
Kekura I & II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."
Kekura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!"

Thursday, March 25, 2010

Johan Kamiblogger Biggest Contest

Salam semua...


Alhamdulillah..akhirnya saya berjaya mendapat JOHAN dalam Kamiblogger Biggest Contest yang dianjurkan oleh FCUCOMMUNITY. First time join contest besar macam ni kat blog. Mungkin rezki anak yang bakal lahir nanti. Ini hadiah yang bakal saya dapat:

JOHAN
Rekaan Flash Header esklusif bernilai RM150 tajaan fcubanner
Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle
Beg tangan wanita bernilai RM92 tajaan PattyBelle
New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz
1 pcs Babyland Printed bernilai RM35 tajaan BabykidsLove
Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz

Menarik kan hadiah yang saya dapat? Saya nak ceritakan sdikit pengalaman saya sepanjang join contest ni. Saya ingat lagi, pd 2 Mac 2010 saya telah diajak oleh seorang rakan blogger utk join contest ni. Masa tu peserta tak sampai 50 orang dan saya peserta yang ke 50. Lepas mendaftar je terus jawab soalan Day 1. Bila dah dapat mata penuh untuk hari tersebut, bertambah la semangat saya nak jawab soalan hari yang berikutnya.

Soalan Day 2 saya banyak masalah. Saya hampir putus asa..rasa macam malas nk teruskan lagi. Entah mcm mn ada masalah teknikal tak dapat log in. Banyak kali berbalas emel dgn FCU team. Bila dh dapat log in, masalah pulak dgn masukkan secret word. Masa tu memang tensen..trus hantar emel ayat kecewa kt FCU. nk tau saya ckp apa?

"kecewa dh ni..time smgt, gini plk jd...mungkin xde rezki sy kot nk join.."

Haha...tu antara ayat kecewa saya. Namun, pihak FCUCommunity memberikan maklumbalas dan bertindak dengan cepat menyelesaikan masalah. Terima kasih FCU team. Segala emel saya dilayan dengan baik menjadikan saya bersemangat semula untuk teruskan.

Contest ini agak mencabar. Peserta juga perlu menjawab soalan bonus dan beberapa tugasan. Bertambah la semangat bila di awal penyertaan saya sentiasa di ranking teratas. Tak percaya?? sila lihat gambar-gambar kat bawah. (klik pd gambar untuk imej yg lebih besar)

Dapat Top 3...hehe

Hari yang ke 5..


Hingga ke hari ke 20..saya tetap di atas... =p
Seramai 108 orang peserta yang join contest ni.


Mata keseluruhan..saya dapat 844/846.


Diumumkan menjadi Johan..


Pandangan saya contest ini sangat menarik. Contest ini tidak bergantung kepada nasib peserta semata-mata seperti yang dianjurkan oleh pihak lain, tetapi bergantung kepada usaha peserta dalam mengumpul mata. Ia sangat memberi manfaat kepada blogger dalam menguji kemampuan berfikir dan menguji tahap kesabaran dalam usaha menjawab soalan menggunakan IQ dan blogging skill masing-masing.

Hadiah yang menarik membuka mata peserta agar tidak berputus asa dalam menjawab soalan. Saya sendiri hampir berputus asa di awal penyertaan kerana sering menghadapi masaalah 'log in' dan memasukkan 'secret word'. Namun, pihak FCUCommunity memberikan maklumbalas dan bertindak dengan cepat untuk menyelesaikan segala masalah. Segala pertanyaan sentiasa dijawab dengan baik membuatkan para peserta berasa senang hati menyertai peraduan ini.

Peraduan ini bermanfaat bukan sahaja kepada para peserta malah menguntungkan pihak penaja. Pendedahan blog penaja kepada orang ramai dapat menaikkan trafik serta melariskan jualan mereka. Bagi peserta-peserta pula, mereka bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka, malah juga dapat menaikkan trafik blog melalui pelbagai tugasan yang telah diberikan oleh pihak FCUcommunity. Di blog FCUcommunity itu sendiri banyak membantu para blogger dari segi tutorial, inspirasi dan juga tips. Konsep contest yang dianjurkan amat unik dan pastinya memberikan pengalaman baru kepada para blogger.

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan contest yang dianjurkan. Jika sekalipun saya tidak menang apa-apa hadiah, saya tetap gembira. Apa yang penting adalah kepuasan menjawab soalan dan cabaran menghadapi tugasan sepanjang menyertai contest. Terima kasih kepada 9 penaja yang yg menaja hadiah-hadiah kepada para peserta iaitu Rizi Biz Shop, Daniashop, Patty Belle, Shopperlicious, Babykidslove, Fcumiracle, Fcubanner, Raudah, dan Atiqah-Boutique.

Tahniah kepada kesemua 26 pemenang Kamiblogger Biggest Contest. Kepada FCU community, diharap dapat menganjurkan contest-contest sebegini pada masa yang akan datang.



p/s: terima kasih kpd kak Murnihati sbb ajak saya join contest ni. Tahniah untuk beliau kerana mendapat Naib Johan.

Wednesday, March 24, 2010

15 perkara pelik..

(copy dari emel)
  1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.
  2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).
  3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat di bumi.
  4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labah-labah daripada takut mati.
  5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.
  6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau lebih.
  7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni tangga.
  8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.
  9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku sendiri.
  10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.
  11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.
  12. Semua beruang kutub adalah kidal.
  13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.
  14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.
  15. Hampir semua pembaca post ini akan cuba untuk menjilat sikunya.


Gambar dari encik google


Anda bagaimana?

Sunday, March 21, 2010

Produk Rizi Biz Shop


Salam semua.

Entry kali ini berkaitan dengan tugasan khas peserta Kamiblogger Biggest Contest.
Saya tertarik dengan salah satu produk yg dijual oleh Rizi Biz Shop dan berminat ingin menjadi agen dropshipper Rizi Biz Shop. Memandangkan saya sendiri berminat dalam perniagaan dan sudah mempunyai blogshop sendiri (masih baru dan diusahakan bersama seorang rakan) iaitu ZRcreative Collection (sila klik untuk ke blogshop saya), inilah peluang untuk saya mempelbagai dan menambah barangan jualan saya di blogshop.

Saya tertarik dengan produk

Coklat Minda : Khasiat Penyubur Minda.



SEMENANJUNG - RM 49.00 (Normal Price : RM 55.00)
SABAH/SARAWAK - RM 52.00 (Normal Price : RM 58.00)

Keluarga saya mementingkan kesihatan dan pelajaran anak-anak. Beberapa orang saudara terdekat saya telah pun menggunakan produk ini (saya tidak pasti di mana mereka dapatkan produk ini) dan ternyata berkesan dan banyak perubahan berlaku ke atas anak-anak mereka. Anak-anak mereka kini telah pun berjaya melanjutkan pelajaran ke MRSM dan sekolah berasrama penuh SBP.

COKLAT MINDA jenama HIJRAH adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak dan sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.

COKLAT MINDA mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek :
* Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan;
* Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri;
* Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain;
* Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.

Khasiat & kebaikan
* Meningkat dan Menguatkan Daya Ingatan
Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang diajar oleh guru;
* Mengatasi Tekanan (stress)
Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan;
* Memulihkan Semangat & Tenaga
Fikiran terasa begitu lembap/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi;
* Mengekang Perasaan Mudah Putus Asa
Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah.

Untuk maklumat lanjut seperti Impak Awal penggunaan, Kandungan, dan Testimonial oleh ramai pelajar yang telah menggunakan produk ini, sila rujuk DISINI

Wednesday, March 17, 2010

8 fakta menarik tentang mati

1. sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.

2. kepala manusia masih lagi dalam keadaan sedar selama 15 hingga 20 saat selepas ia dipenggal

3. apabila Alexender The Great mati pada 323 sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina dari Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksir kos pengurusan mayat Alexender itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kosnya dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 bilion)!

4. sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah mengambil nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

5. lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.

6. mayat pada hari ini lebih lambat mereput berbanding dahulu kerana terdapatnya banyak bahan pengawet di dalam makanan yang kita makan. Sau lagi fakta, mayat mereput empat kali lebih cepat di dalam air berbanding yang ditanam di dalam tanah.

7. pencipta siri TV Star Wars, Gene Roddenberry adalah manusia pertama yang abu mayatnya disemadikan di angkasa lepas.

8. masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh kerana itu mereka akan mencukur kening apabila kucing peliharaan mereka mati

Sunday, March 14, 2010

'Butir Ralit'


Salam semua...

Skarang ni saya berblogging sambil mkn 'butir ralit'..
Butir ralit? apa tu? biji leka ke?
Sapa tau sila angkat tangan..
Isk..bau ketiak sape masyam ni..(sambil tutup idung)

Bagi mereka yang berasal dari kelantan,
tentu anda tau apa itu butir ralit..
*
*
*
*
Inilah butir ralit yang saya maksudkn.
Biji bunga matahari atau kuaci..

Biji bunga matahari atau yang selama ini lebih akrab kita sebut kuaci ternyata mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Kandungan lemak dalam biji bunga matahari sangat tinggi, yakni sekitar 50%, dan jika dikonsumsi dengan susu atau hasil olahannya yang kaya akan protein, maka biji bungan matahari dapat menjadi makanan yang mengenyangkan bagi sel tubuh (dan sekaligus tentunya lazat). Kecukupan asupan makanan akan mencegah kelelahan karena terlalu banyak mengkonsumsi karbohidrat.

Biji bunga matahari yang diketahui kaya protein, fosfor, lemak, potasium, magnesium, dan besi juga akan megeluarkan minyak apabila dihancurkan. Setelah dikupas, bahan tersebut juga dapat digunakan sebagai pengganti kacang tanah untuk taburan bubur ayam, sup, salad, atau yoghurt. Minyak biji bunga matahari juga mengandung asam likoleat yang berguna untuk mengurangi endapan kolestrol pada dinding pembuluh darah. Krn kandungan itulah minyak biji bunga matahari juga sangat disarankan sebagai pengganti mentega. Sebab, pada mentega lebih banyak mengandung lemak padat. Kandungan besi dalam biji bunga matahari juga bermanfaat, yakni untuk mencegah penyakit anemia.

Sumber lain juga menyatakan biji bunga matahari mempunyai vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasia vitamin E. Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik. ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting. Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak. Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.


Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah. Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.


p/s: hati2 memilih kuaci dipasaran...sy difahamkan ada sesetengah produk kuaci tidak halal

Thursday, March 11, 2010

Suamiku DRAKULA!!!!!!


Salam semua...
Suamiku drakula!!! dh bnyk darah org yg dia ambik!!!
Hahaha..jgn terkejut..saja tajuk nk bg gempak sikit. Sebenarnya entry kalini lebih kpd nk cerita pasal perasaan gembira saya. Ya...'happy'..sesuai dgn tajuk blog saya Happiness Is Reachable. Psl cerita drakula tu pn ada jgk yg akn saya masukkn sikiiiit je dlm entry ni. Baca entry smpai abis k..

Harini sangat2 hepi..agak2 knp ye?Saya baru je balik dari checkup..kt HUKM. Alhamdulillah..semuanya ok..scan baby normal dan sihat. Ibunya pn sihat..hehe. Doc ckp baby aktif. Memang pn!!! terrrrsangat la aktif...sampai susah nak tido mlm. lasak mcm bapak dia..huhu.

Mcm2 dugaan ms pregnant ank sulung ni. Awal pregnant alahan teruk smpai kne thn ward..smpai skarang ni pn masih alah dgn bawang.klu dah muntah tu smpai lembik badan.so...jrg la masak..bnyk beli..huhu.Walaubagaimanapn, sy tetap hepi. Kalau xde dugaan/kesusahan mengandung, takde nikmat idup nk jd ibu. Tak dapat tido mlm pn takpe..ibu hepi ank ibu aktif..mknanya ank ibu sihat...ibu xsabar nk tgk ank ibu..tak sabar nk peluk...nk cium...nk belai ank ibu..mudah-mudahn,ank ibu ni jd ank yg soleh..

Harini bernasib baik sbb Mr.Hubby dpt teman jumpa doc. Agak lama jgk la saya menunggu Mr.Hubby..habiskn ms kt cafe dan tengok pelbagai ragam pesakit. Lama pn xpe la...asalkan dia dpt teman saya. Kesian Mr.Hubby..tergopoh2 buat round ward pagi ni (sbb bini slalu kol kaco..mtk turun cpat ngehehe)..Pagi2 keje dia amek darah pesakit2 (hari2 amek darah patient sampai dorang ckap my Mr.Hubby tu 'Drakula'..haha...hampeh punya patient. Then dia curi2 masa turun kt unit/klinik O&G..dekat 1jam jgk la dia tinggalkan keje dia yg saaangat2 la banyak tu (adeh...arini kompom dia balik lewat). Kalau dia teman saya,snang sikit..ramai nurse n doc yg dia knal. Apa2 maklumat bole tau dan tanya dengan detail. Mcm sy ni bkn la tau bab2 medic ni.Pastu boleh pilih doc perempuan...(hubby mmg mementingkan aurat). Kalau scan plak free2 je dpt print.

Harini kitorg baik skit...ikut giliran nombor mcm org lain.(sblm ni xambik no pn..pilih doc yg rapat ngn Mr.Hubby n trus masuk...jahat kn?ksian org lain kne mnunggu lama. tp sy trus masuk je). Lpas abis scan & dpt tau baby ok, kne jumpa doc plak. Mr.Hubby pilih doc pakar utk cek saya. Dia bwk file saya serah kt bilik doc tu. Mula2 agak risau..bdebar2 jgk la ms tunggu giliran tu.selalunya doc pakar ni garang. Bila melangkah masuk je trus doc tu say 'hai' n bg senyuman lebar..sentiasa senyum. Ckp sambil gelak2 mcm kitorg dh knal lama..layanan mmg first class lah.suke sgt!!kalau la semua doktor mcm ni kan bagus..


Harini mmg hepi...dpt tau smuanya dlm keadaan baik..layanan pn baik.
Ok...itu saja..dh ngantuk & letih...nk zzzz jap..
Wassalam.

Monday, March 8, 2010

10 fakta menarik mengenai coca-cola

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang
dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta
laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.



Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan
hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari.

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan
hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome
: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya
karat hilang

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam
biasa. Kesan minyak tu pasti hilang.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan
Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin tu kerana ianya amat mahal

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia
boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi
mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang
lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit
osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[
bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan
tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori
tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori
tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori
tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus
2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci
bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try
bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti
termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula
dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut
akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa
air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.
Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, mirinda.. Sama je. Anak bapak dan
Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja
buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah
ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan
CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni,
kot-kot gigi tu bleh hilang...ngehehe

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama
jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh
serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun
seranggalah pulak. Sape ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah
Coke untuk bunuh serangga. Ntah2 cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot?


Wallahualam

p/s: teringat iklan coca-cola yg selalu kluar kt tv skarang ni...'brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr'

Sunday, March 7, 2010

Tag Kamiblogger Biggest Contest




Tugasan 4 untuk para peserta kali ini ialah "Tag Kamiblogger Biggest Contest", sejenis game di mana para peserta menyoal peserta lain. Bagus game nih..Inilah masanya untuk saya berkenalan dengan peserta-peserta lain. Nilai mata yang ditawarkan sangat banyak..20 mata. Diharapkan para peserta yang akan saya tag memberikan kerjasama menjawab soalan2 yg saya ajukan. Saya PASTI akan menjawab soalan2 anda sekiranya di tag (pastikan inform kt saya ye kwn2). Soalan2 saya ni terrrrsangat sangat sangatla mudah dan simple...anda tak perlu pikir panjang.

1. Apakah nama samaran anda?
2. Apakah nama ibu anda?
3. Apakah nama bapa anda?
4. Berapa bilangan adik-beradik anda?
5. Di mana lokasi anda sekarang?
6. Apakah warna kesukaan anda?
7. Apakah makanan kegemaran anda?
8. Apakah minuman kegemaran anda?
9. Berapa kerapkah anda mandi dalam sehari?
10. Apa warna baju yang anda pakai sekarang?


Mudah kan??hehe...
Pastikan soalan-soalan itu dijawab dengan tersusun mengikut no soalan.
Contoh:

Link blog saya:http://happinessisreachable.blogspot.com/
1. Nama samaran saya ialah zuliana
2. Nama ibu saya ialah Sharifah Ahmad

peserta yang ingin saya jemput untuk menjawab soalan2 ialah:

Murnihati
trexmakancicak
mieran87
asahara93
adlynna
suamihanyisterizuki
budak hitam
ieyra
maisarahmazhar
hanyatandas
Mr Syuko
Hanis
Billet-DOux
Rashidah

dan juga kepada semua peserta lain...
SELAMAT MENJAWAB...TERIMA KASIH..

Saturday, March 6, 2010

Cari ulat gigi..jumpa ulat mata



Salam semua...
Harini nak buat entry pendek je..
Td cek analytic kt nuff..sedih tgk visitor menurun sket minggu ni.
Inilah akibat kurang blogwalking dan klik2..
Blog plak dh brp hari tak update sejak join kamiblogger biggest contest.
Haha...kalau bkk blog je, busy dengan jwb contest.
Apa2 pn..mmg best contest tu.selain jwb soalan wajib,
ada tugasan lain cthnya blog hunter dan sbgainya.

Pastu cek plak keyword minggu ni.
Cuba tgk kt gmbar di bawah.


Pelik bila ada yg search 'perubatan ulat gigi'.
Pertama kali saya dengar.
Mmg ada ke ulat gigi??

Pastu saya search plak kat google.
Takde plak jumpa ulat gigi..
Tapi...jumpa satu gmbar ngeri...
ulat yg dibuang dari kelopak mata..
jom tengok...



Tuesday, March 2, 2010

KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST


'KAMIBLOGGER BIGGEST CONTEST'

Saya nk ajak kwn2 sertai contest besar yang dianjurkan oleh
http://www.fcucommunity.net/


Contest ni agak mencabar.
Pemenang tidak ditentukan berdasarkan nasib ataupun undian kerana peserta boleh berusaha untuk memenangi contest dengan menggunakan kemampuan IQ dan blogging skill masing-masing.

Hadiah2nya...fuhhh... sangatlah menarik..
Cuba tengok nilai hadiah kt banner di atas..tak pun sblh kiri blog sy nih..
Ala yg duk bkelip2 tuh...TERUJA tak????
Jumlah hadiah bernilai RM3500+ adalah tajaan 9 orang penaja hebat,
disediakan bukan sahaja untuk 1,2 atau 3 org pemenang..
tetapi untuk 26 pemenang..
Tak percaya?? sila klik
DI SINI

Ada beberapa syarat wajib yg perlu dipatuhi..
Antaranya, menulis satu entry khas mengenai contest ini di blog anda
Untuk syarat2 penyertaan dan cara menyertai
sila klik
DI SINI


Pendaftaran dibuka sehingga 20 mac 2010.
Apa lg yg ditunggu...jom sertai..



p/s: sy perlukan komen anda..tlg komen bnyk2 ye kwn2...

Monday, March 1, 2010

Jawapan Dan Pemenang Peraduan Teka-teki


Terima kasih kepada semua yang menyertai peraduan ini.

Sebagaimana yg tlh sy maklum,teka-teki ni versi sy.
.ada helah dan stup*d teka-teki. Mungkin ada banyak jawapan. Berikut adalah jawapan yang saya inginkan..


Teka-teki pertama:

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.APAKAH YANG AKAN TURUN DAHULU SELEPAS PEMANDU ITU BERHENTI??

Jawapan: Tangan katak turun dulu..
Ulasan/sebab: Sebelum katak itu hampir dilanggar, katak tersebut telah menutup matanya kerana takut dilanggar..lalu katak tersebut menurunkn tgnnya slps bas itu berhnti. klu dh xde org jwb yg ni,jwpn meter bas pn sy terima.
jwpn pn agk stup*d..pndai plk si katak tu tutup mata ye?haha..xleh le skema sgt..klu ikutkn skang ni bas xdenye nk brenti nk elak langgar katak..klu binatang besar snang nmpk mcm kucing brenti la kot kn?kn?kn?

Teka-teki kedua:
Ada sorang lelaki, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG
LELAKI TU???

Jawapan: Tak batal air sembahyang/wudhuk
Ulasan/sebab: Lelaki tu jilat kaki sendiri.solat batal tetapi wudhuk tidak.. anjing tiada kaitan..anjiing cuma lalu je..huhu 'Dia' dlm soalan di atas merujuk kepada lelaki tersebut..bukan anjing.sila baca soaln betul2.yapperdaaa!!ada ke lelaki tu jilat kaki sndiri..apapepn,itu la trick sy. Maybe korang dh terbiasa dgr teka-teki 'seorang imam yg tgh smayang....' tu kn? sbb tu korg jwb anjing jilat kaki sendiri.


Penambahan(ilmu utk dikongsikn bersama):Jika sekiranya anjing yang menjilat kaki lelaki tersebut,wudhuknya tetap tidak batal (yg ni korang kne bkk blik kitab feqah:perkara yg membatalkn wudhuk).TETAPI solatnya batal...sbb syarat solat kne suci dari najis...lelaki tersebut perlu menyucikan najis tu terlebih dahulu..tentu anda dh tau kn kategori najis n cara menyucikn?xpyh la sy terangkn di sini...dh lari topik plak nnt.

hehehe...dh mcm ustazah plak...hehe

berbalik kpd peraduan ni...

pemenangnya ialah

MURNIHATI


Saya sgt berpuas hati dengan jawapan beliau..berserta dgn alasan/sebab yg panjang lebar. slogan pn ringkas tp best. kalau tak percaya, sila klik kt nama di ats dan baca jawapan yg telah beliau berikan.

TAHNIAH!!

Aina Chika Wedding Contest




Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk aina dan kenapa.?

Hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kwn2 utk aina ialah
baju tido seksi..transparent abes..(maaf ya...agk 18sx). Harap2 belum ada lg org wat entry psl adiah bju tido ni.



Kenapa?
Penting tu aina untuk tampil seksi, cantik dan menawan dihadapan suami..auuww...
Nnt,bl dh pkai tu sembur plk pepium bnyk2 kasik wangi..hoh..ni kire dh kasik idea kt kwn2 lain utk jwb kontes ni..korg wat bg adiah pepium..

Seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, insyaAllah bermanfaat.
Kehidupan rumahtangga lebih HOT dan harmoni..bnyk pahala dapat..
Suami sentiasa melekat kt umah.Kompom tak cari lain dh..
Ngehehehe...


Kwn2...jom kite pakat sertai contest ni..mn la tau ada rezeki anda kan? bg sy,tak kisah la menang ke tak..yg penting, sy nk bg semangat kt kwn kite, cik aina yg bkl melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi.


Syarat-syarat penyertaan :

  1. Buat satu entry berkaitan tajuk di atas. Panjang entry tidak kurang dari 100 patah perkataan.

  2. Sila sertakan gambar "hadiah" tersebut di dalam entry anda. Tak kesah la kalau dari google pun..mengikut kreativiti sendiri.

  3. Entry tak semestinya kena skema, lawak-lawak pun boleh, sebab aina kan sempoii!! hahaa.

  4. Sertakan banner di atas dan backlink ke entry ni oke..untuk menyebarkan contest.

  5. Tak jadi follower pun tak ape, tapi kalau nak follow pun buleh saje...tak paksa.

  6. Tarikh tutup adalah pada 31.03.10

  7. Dah join,sila tinggalkan pesan dan url entry di kotak komen. Costentant terawal juga berpeluang memenangi hadiah saguhati dari aina.