Tuesday, February 23, 2010

kawin....kawin.....


Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....
Sila baca dialog dari bawah keatas



Jgn jd seperti di atas ye kwn2.perkahwinan bukan untuk sementara..bukan untuk sekadar suka-suka.Ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin. Apa matlamat mereka berkahwin?


1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat.
2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.
3 – Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki.
4 – Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.
5 – Saya berkahwin kerana sunnah Nabi.
6 – Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh.
7 – Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin.
8 – Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang terlajak.
9 – Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora.
10 – Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11 – Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12 – Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia.
13 – Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin.
14 – Saya berkahwin kerana ada yang akan menanggung serba-serbi kehendak saya.
15 - Saya berkahwin untuk mendapat ketenangan jiwa dan ingin mendapat keredhaan Allah (SWT).

16 - (ckup la....bnyk sgt daaaa...)

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”
(Hadis riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)


*Anda nk kawin? (kpd yg blm kawin)
*Anda sudah berkahwin?

apa matlamat?

~ZUE~