Sunday, February 28, 2010

Saya malu...malu...malu!!!!!!

Salam semua...
Harini sy nk wat pendedehan eksklusif.
ceh..guna ayt 'eksklusif' blagak mcm la diri ni glemer.
Malu nk tunjuk..tp kne tunjuk jgk!! sbb nk sahut cabaran.
Agk2 apa ye?? Baca sampai abis tau..



Sblm tu meh nk crita sket..smlm dpt msg dr 'trexcute' kt SBox
mntk baca entry hangat kt blog beliau..

apa sgt la yg hangat tu ye?
dlm hati ni risau jgk..ada kaitan ngn sy ke?sy kne ban ke?


Anda knal blog ni?sila jenguk2 blog beliau.
klik je gmba kt ats utk terus kt blog tuan tanah
(trex...sis dh promote blog kamooo...nnt blanje mkn tau)



Lorr...rupanya sy ditag oleh beliau...
adeh...wajib buat ke?? xpe2...ada ubi ada batas ngeh3...
dlm ms yg sm..dlm ati ni agk terharu la jgk.sbb trex ni ingt kt sy.



TUGASAN YANG PERLU DIBUAT
1) You have to print screen wallpaper that you are using right now

kantoi...
malu...malu...jgn gelak ye...
~**...blushing...**~
smlm tny Mr.Hubby...konon mtk izin la...'xpe ke klu org tgk?malunye...ti conteng mcm2.'
dia gelak2 je n jwb 'ltak je la..lgpn dh kawin.xmndatangkn fitnah'
gambar tu sy wat ms sy bosan duk umah sorg2...dat time rindu kt dia..


2) Tell us why you like the wallpaper
Of coz la sbb ada si abe mate cepet ku yg terchenta...huhu
plus...gmbar lps akad nikah...kenangan indah...ngehehe


3) Tag 10 people...
Alamak....apsal ramai sgt nih?ntah2 org yg sy tag ni dh ditag org lain..

1. kak murnihati
-zue cabar akk wat versi pantun..ngeh3..

2. kak shafida
-versi bebas

3. sue@mcsue
-klu bole versi puisi..almaklumla...student master..dlu best student.kompom pndai bab2 ni kui3

4. arwa
- versi dikir barat..ayat klate

5. kak yan@yanmie
-bebas

6. cikmin
-bebas

7. uruchimaru@kf -
versi lagu kiroro mirae..

8. huzaini@IB
-bebas

9. Aduka
-jwb dlm versi sengal smpai org gelak pecah perut

10.
azizan

-bebas


hahaha....kpd semua 10 org yg tersenarai tu,
klu blum pnah ditag lg psl screen wallpaper ni,
korg wajib jwb/buat ye...
sy ulangi WAJIB sahut cabaran....ngehehehe

Saturday, February 27, 2010

Percaya tak,topup cuma RM10 je...tp blh guna smpai sebulan?

Org kata pkai line lg save dr prepaid..
tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal sy ceritakan ni..

top-pup RM 10 tp blh tahan smpai 1 bulan tak kira la kalau korg brgayut brapa lama skalipun, hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki sy aritu, sy pegi la jumpa kwn lama,
dia ajr camne nk crossing account, coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kdg2 sy tlg jgk kwn2 trdekat topup, tp amik untung sket je la..


Ok, secara simplenya sy terangkan kat korg,
tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor,
coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm pkul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;

"ingat ni company nenek kamu yg punya? msuk toilet pun skrg kene byr 30sen, ni kamu nk topup 10inggit nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik!!"

hah.. tu laa, sy pun tak sngka dorg akn reply mcm tu.. kecik ati sy..sob...sob..

P/S: jgn mare... =p


Friday, February 26, 2010

Lagi Cerita Lawak...

Salam maulidur rasul...

Hari ni sy dh tak bahasakan diri 'aku' lagi...kawan2 di alam nyata tegur..dorg ckp mcm kasar dan tak sesuai dgn perwatakan sy..errr...perwatakn mcmn tu? lemah lmbut ke? baik ke? akekeke...dh mula perasan.apa2 pn...terima kasih ye sahabat2...sbb rajin bkk blog zue..klu bole,jom la blogging sama..seronok..kwn2 di alam maya ni smua sporting n jnis tolong kwn2. ok la...berbalik kpd tajuk entry...sy nk share cerita lawak yg sy copy dari emel..
jom kite layan cerita lawak kt bwh ni....


Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”


@RENIM'S GIVEAWAY

semalam saya di tag oleh seorang rakan blogger, Zai Kulim (refferer saya)
ajak join giveaway (klik banner di atas untuk terus ke blog penganjur)..
Sblm ni pernah sekali je join contest..kalini mencuba nasib join giveaway plak...
mn la tau kot2 ada rezeki kn?
kalau anda ingin sertai, jgn lupa jadikan sy, Zuliana, sebagai refferer...ok?


syarat2nye:

1. JADI FOLLOWER @RENIM'S GIVEAWAY...
2. LETAK BANNER KAT ATAS NI LINKKAN KE GIVEAWAY INI...
3. BUAT ENTRY TENTANG @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG ANDA...
4. ADD @RENIM'S GIVEAWAY DALAM BLOG LIST ANDA...
5. NYATAKAN REFERRER ANDA.... (ADE GIFT UTK REFFERER)
6. SILA TINGGALKAN LINK ANDA PADA EMAIL (chokkelat26@yahoo.com)...
7. RAJIN2KAN LAH KLIK NUFFNANG BLOG INI

TARIKH TUTUP:- 9-03-2010

Thursday, February 25, 2010

preggy bnyk minum ais...

...Salam semua...

Aku dh 33weeks pregnant.
tak tau knp lately suka sgt minum ais...xpun kunyah ais
skang ni pn duk tengah mngunyah...
dlu xsuka pn minum ais...
knp ye?? knp?? knp??
Betul ke statement preggy xleh amal minum ais
sbb takut nnt baby besar???????


sedapnya minum ais huhu...

oh tidaaaaakkk....takut susah beranak..
aku buntu...
nak minum or kunyah ais jgk!!! haiissshh....susah nk stop...




Tuesday, February 23, 2010

Peraduan jawab Teka-teki


Harini rajin la plak buat 2 entry...
ptg td dpt panggilan dari seorang kawan..
lama kami sembang..
pastu dh bosan xtau nk ckp pe,kawan aku bg la beberapa teka-teki..
tiba2 dpt idea nk tulis kat blog..
Nk bagi teka-teki kt korang...
saja suka-suka
Kalini aku baik ati nk bg adiah..(sbb earning nuff btambah...huhu)
hadiah xbesar...xseberapa je...

Hadiah berupa
~top up RM10~



Caranya sangat mudah (sbb adiah pn xseberapa kn?)..xperlu tag sape2..xperlu ltak banner segala..nk buat entry kt blog korg pn bole(sgt2 aku hargai),taknak pn xpe..bg yg taknak buat entry/post, jwb kt ruang komen blog aku..

1-jd follower blog ini
2- juz jwb 2 teka teki dan 1 slogan
3- inform n tinggal link kt ruang komen blog ini

Teka-teki pertama:
Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.APAKAH YANG AKAN TURUN DAHULU SELEPAS PEMANDU ITU BERHENTI??

Teka-teki kedua:
Ada sorang lelaki, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG
LELAKI TU???


Slogan:
Saya suka jawab teka-teki ini kerana..........


Tarikh tutup:
1 MAC 2010


p/s:teka-teki tu kacang je kn?klu sume jwpn sama/betul,aku akn mtk Mr.Hubby pilih slogan yg dia rs best...huhu.


*******************************
update

adooiiiyai....ada yg ckp besar kate soalan snang sgt,xnk join la....ada yg kate wat prabih duit sy la..hohohohoho...
bg soalan snang n soalan sikit tu berbaloi la dgn adiah yg x seberapa tu kn?
sy nk bg bnyk teka-teki...tp xmampu nk bg hadiah mahal...huhu

Ingat....teka-teki ni versi saya....bkn yg mcm teka-teki yg slalu korg dgr tu...
agk trick n stup*d teka-teki hehe...
mmg nmpak snang...tp xsmestinya btul...ngeeeee

kpd yg ikhlas join n memeriahkn contest ni JUTAAN terima kasih sy ucapkan...sy dh jenguk blog korg..tq...tq...tq.... =)

kawin....kawin.....


Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna: Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
Dara: Apakah kau mencintaiku?
Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
Dara: MAhukah kau menciumku?
Teruna: Ya! Dara: Sayangku....!

Sesudah 5 tahun perkahwinan....
Sila baca dialog dari bawah keatas



Jgn jd seperti di atas ye kwn2.perkahwinan bukan untuk sementara..bukan untuk sekadar suka-suka.Ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin. Apa matlamat mereka berkahwin?


1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat.
2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.
3 – Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki.
4 – Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.
5 – Saya berkahwin kerana sunnah Nabi.
6 – Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh.
7 – Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin.
8 – Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang terlajak.
9 – Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora.
10 – Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11 – Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12 – Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia.
13 – Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin.
14 – Saya berkahwin kerana ada yang akan menanggung serba-serbi kehendak saya.
15 - Saya berkahwin untuk mendapat ketenangan jiwa dan ingin mendapat keredhaan Allah (SWT).

16 - (ckup la....bnyk sgt daaaa...)

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”
(Hadis riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)


*Anda nk kawin? (kpd yg blm kawin)
*Anda sudah berkahwin?

apa matlamat?

~ZUE~


Saturday, February 20, 2010

Menyamak Arnab..

Hari ni tak ke mana2..aku n Mr.Hubby br je selesai menyamak arnab n 2 sgkar arnab.pelik bukan?

Geram sgt2..2 ari lps,ntah mcm mn 4 ekor anjing liar bole masuk kwsn rumah aku.
Abis 3 ekor arnab kesayangn aku dibwk lari..haishh..anjing pn mkn arnab ke?sedih..dlu dh ilang seekor xtau kemana.ni 3ekor plk.skang tinggl seekor je.tu pn nasib baik terlepas dr mulut anjing tu.anjing2 tu terkejut bl dgr aku jerit2 smbil ketuk2 pintu dgn kuat...terus lari masuk blkg bukit.ksian arnab aku(yg terlepas dr mulut anjing tu) kne gigit..ada kesan air liur anjing..tpaksa aku pkai sarung tgn.nsib baik arnab tu xcedera..

Family aku tak percaya camane pgr rumah setinggi ni anjing blh masuk


Bwh pokok rhu ni la tempat 2sgkar arnab aku..ms kjadian sangkar tunggang tbalik..pintu tercabut..pokok2 bunga terbalik..tu pn pasu2 tu blum lg aku btulkan


Dari celah bukit kcik ni la anjing tu dtg...tp aku still pelik cmane boleh masuk.sbelah atas bukit blkg rumah pn dikelilingi pagar...tp pagar dawai/jaring biasa.maybe pagar dh rosak.

Ni la bukit blkg umah aku.bukit bertingkat2... setinggi rumah 3tingkat...


Sangkar arnab yg baru selesai disamak...


Arnab ni pn dimandikn air tanah..tgh kesejukn...br lps mandi




Yg kt bwh ni arnab2 kesayangan aku yg dh ilang/mati.........








*samak yg aku maksudkan diatas ialah sertu. aku menggunakan istilah samak kerana masyarakat kita paham yg samak ni cuci najis mughallazah yg mggunakn air tanah n air mutlak tu. kalau aku tulis sertu takut nnt korg tak paham.berikut adalah maksud sebenar samak dan sertu

SAMAK

1. Samak ialah menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam (peluntur) seperti tawas, bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menanggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman­kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: Setiap kulit yang disamak menjadi bersih. (Riwayat Muslim)

SERTU

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disuci dengan membasuhnya menggunakan air mutlak sebanyak enam kali dan satu kali dengan air tanah

3. Menyucikan najis mughalazah dengan mengguna­kan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada badan binatang najis mughalazah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan dengan menggunakan tanah.

Thursday, February 18, 2010

Cerita Lawak

....mari kita hiburkan hati di petang khamis ini dengan cerita lawak..

Cerita Lawak 1
Siapa Mary bang?
Pada suatu hari yg tenang..seorg suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar.. tiba2 dtg si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami... si suami yg terpinga2.....bertanya.....
"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??"....
si isteri pun menjawab....
"nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Mary'....
si isteri tentula menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Mary....
dgn tenang si suami menjawab.... ooo....itu nama kuda yg saya bertaruh semalam... namanya Mary.....si isteri pun agak puashati ngan penjelasan suaminya..terus menyambung kerja di dapur.....
Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???...
dengan selamba..si isteri menjawap....
"kuda awak telefon!!".....

Cerita Lawak 2
Wanita & Lif
Seorang wanita muda telah ter'bersalin' di dalam sebuah lif. Dia pun malu yang teramat dan tak mahu keluar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan psychologist untuk pujuk dia keluar.
Psychologist tu pun cakap la, "Cik... keluar lah... apa nak dimalukan... perkara biase je nih."Wanita muda yang terbersalin itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
Psychologist itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ade 1 kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkan kata-kata Psychologist tu je, wanita muda tu terus meraung lalu berkata, "Yang tu pun saya gak, waaa!!!"

Cerita Lawak 3
Baju Cinta
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru
berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati
cucu perempuannya yang membuka pintu dgn tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja nie nek!"..
"Yg kau telanjang tu nape!!!???" marah si nenek."Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini dihadapan nenek."
pinta si cucu perempuannya. Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pon pulang. Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu....
"Awat hang nie? Dah buang tebiat keeer???" marah si atok tadi.
"Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA???.... .. Kok iyea pun..... IRON la dulu baju tuh!!
nampak sangat kedutnyer... .."


Cerita Lawak 4
Cerita pak pandir..
Suatu hari pak pandir sedang berjalan pulang ke rumahnya dari kedai kopi. Sedang dalam perjalanan itu dia telah ternampak sesuatu.
Pak pandir : eh.. pe menda le ni.. cam t**k la...
Lalu pak pandir pun mencolek sedikit benda tersebut dan mencium lalu merasa dgn menggunakan lidahnya....
Pak pandir : eee.... memang t**k lah.. nasib baik aku tak pijak.....!!!!!!!!

Cerita Lawak 5

click this image to enlarge


Wednesday, February 17, 2010

KAU,AKU BERBEZA...AKU,KAU ISTIMEWA..


Harini mood baik, nk jd baik n nk share info baik hehe....ada segelintir rakan2 aku mengeluh "susahnye jd ppuan..kne jg mkn pkai suami..mengandung n branak la,susah jg aurat,harta dpt sikit..mcm2 lg la..untungnye jd org lelaki ni kn?".. kwn2..jgn kite mengeluh krn masing2 ada keistimewaan disisi Allah SWT...nk jd lelaki pn bkn snang..

LELAKI:Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa- dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA :Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita.

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikanalasan untuk membela diri "

Sekian shj info kali ini. yg mana slh minta perbetulkan...


Tuesday, February 16, 2010

TAHUKAH ANDA perbezaan antara marjerin & mentega? Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti?

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru..Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah
makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK! Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai
nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang

Beza Antara Mentega Dan Marjerin
(Differences Between Butter And Margarine)
Dipetik dari Rense.Com <
http://rense. com/>


~bole caye ke artikel tu?tp kan...marjerin n butter kt umah aku sndiri berkulat pe klu biar terdedah..ada je mikroorganisma membiak huhu..

~mmg mentega lbih sdap..sbb diperbuat drpd susu.marjerin dr minyak klapa sawit..bnyk kolestrol


~beza air:H2O ngn hidrogen peroksida:H2O2 (cecair pencuci luka) pn 1 molekul gk.mahukah anda minum cecair pencuci luka menggantikn air minuman? akekeke..
(mcm nk hentam entry sndiri..hohohoho.meh la join klu korg nk hentam sama..)

~mode: arini xde idea n mls nk mnaip pnjg2..copy paste dr emel je.sakit2 bdn gara2 gatai nk join mandi air terjun.smlm family gathering...sgt syeronotttt!!!!

Sunday, February 14, 2010

Bole ke klik nuff ads sndiri? bole ke klik bnyk kali?

Harini pn bosan lg...duk sorg2 kt umah..
errr...berdua..termasuk yg dlm perut ngeh3...
Mcm biasa la...Mr.Hubby bz kt spital..
cik lappy la pneman aku..

Td singgah 1 blog yg bg aku sgt interesting..
comey blog dia mcm tuan dia..(klik di sini)
~bkn nk promote blog dia tau..ni puji ikhlas.aku xpnah sembang
or xpnah chat ngn dia pn sblm ni...
n aku tidak dibayar oleh sesiapa pn...huhu~
Cuma nk bgtau, aku dh dpt jwpn dari persoaln aku slama ni
dan jgk pertanyaan kwn2 yg baru join nuff..
aku ni kira baru la jgk join nuff..
so bnyk bnd la yg xtau..

Thanks ye intan...akak copy 1 je..hehe..
tak terpikir la plk akk nk cari kt page nuffnang.
Kalau kwn2 nk tau lbih lanjut ttg tips cpt kaya dgn nuff
terus ke entry beliau (klik di sini)
bnyk lg tips anda bole dpt kat blog beliau.



Can I click on my own ads to increase my earnings?

- Advertisers spend thousands to send their messages across to interested individuals via CPC campaigns. Thus, if you’re clicking on an ad on your own blog, make sure that it’s because you’re interested to find out more about the products/services advertised.
- If there is a case of intentional repetitive clicking on CPC ads just to increase earnings, the blogger involved will be given a warning and if the act does not stop, the account will be suspended and banned indefinitely which is a common practice in all ad networks.- As our system is programmed in a way to recognize common traits and behaviors of visitors, we have clamped down on groups of bloggers assembled for the purpose of clicking on each other’s ad units for CPC campaigns in the past.
- We strongly advise against engaging in actions such as these and should anyone be caught, severe actions will be taken.

Ok semua....

selamat bercuti.....


Saturday, February 13, 2010

Entry takde tajuk



....hari ni takde info atau topik best nk cerita....
....acececeh..mcm la topik sblm ni best...
..tp aku ttp nk update blog...
...nk tulis something...
...sbb aku bosan...
...ari minggu yg bosan....
...tulis ape zue???..
...Nk dedicate kt Mr.Hubby yg tgh tensen keje...
..tensen sbb org cuti dia keje..
(..ksian dia..n ksian kt aku jgk hehe..)

~ i tau u akn bukak blog i time u tensen..
jgn tensen2 ye...semangat2!! caiyok2!!
..ailebiu *tayannn...~

(*tayannn adalah trademark kami menggantikn perkataan 'syg'...harus disebut dgn nada panjg dan sengau)


P/S~Hik3..jgn benci aku ye kwn2..juz nk bg semangat kt Mr.Hubby ..
~mst Mr.Hubby gelak bl aku ber 'i' 'u'...
~u...plz jgn gelakkn i...panggilan nama kite tu msti la kne rahsia..kn kn u kn? nk gelak pn xpe..i mmg nk wt u gelak...ngeeee

Friday, February 12, 2010

Anak dalam kandungan hilang.. :'-(

Hahaha...bkn ank dlm kndungan aku yg hilang(nauzubillah...mtk dijauhkn). Tengah asyik berrrblogwalking tiba2 aku dpt panggilan drpd mak kt kampung bertanyakn khabar aku n bkl cucu dia.ahakss...spatutnya ank la yg kne rjin kol mak kn?tp ni tbalik plak..(thanks ma...ailebiu so muchhh!!) borak punye borak tiba2 terkeluar topik psl org bunian. nk tau cite x?maka...baca la entry ni smpai abis..xpnjg mn pn.xpaksa kalau taknak baca..huhuhu..

Sekadar gambar hiasan..

Beginilh kisahnye.Alkisah...taibb....alkisah maka tersebutla kisah..taiiiiiiiiiibb. Sang kancil beramai-ramai mngadap keduli yg maha mulia sultan firaun.mn firaun pakai sultan.....hehehe aku dh mula merapu.teringat kt pak aziz n pak sudin.

OK...OK...kalini aku srius. Bbrp ari lps mak aku ikut kwn gi berubat. sekadar nk teman kwn.tp x plk aku tanya sakit apa.dlm ati ni risau gk kot2 mak aku g jumpa bomoh yg ngarut ntah hape2 cthnya yg menggunakn jin. Setau aku dalam islam kn xleh berubat menggunakn perantaraan. Ma aku kata juz gi amek ubat. bomoh tu tak jampi apa2 pn.juz kutip daun2 herba kwasn rumah mengikut jnis pnyakit. muda lg bomoh tu..umur br 28thn. yg buat aku pelik, menurut mak aku bomoh tu berinteraksi dgn anknya yg dikatakn org bunian..dan ank bunian itu dikatakn kembar kpd anknya yg berusia 6thn.ank bunian tu la yg bole kesan penyakit dan bg arahan kt mak dia apa jnis ubat/herba dan mengajar doa2 drpd surah tertentu dlm al-quran yg harus diamalkan pesakit.
Aku mcm tak puas ati.bunian ke jin?ntah2 tipu. Pastu mak aku ckp org tu br je jd bomoh. dlu dh kecoh psl seorg dr ank kmbar dia hilang kne amek ngn org bunian ms bersalin. Ms buat check up n scan, mmg sah dia pregnant ank kmbar. ms melahirkan ank2 dia tu,puas dia bgtau doc n nurse yg dia dh keluarkn kedua2 babynya. smpai gaduh2 ngn dorg. ye la kan..dh nmpk br sorg kluar.. dorg suro la push kuarkn baby 1 lg.cek puny cek...mmg btul...dh xde dlm perut.haha....pelik kn?

Skarg ni ppuan tu org panggil bomoh..dh boleh berubat org.tu pn malaui ank dia yg dikatakn dh jd org bunian. hanya dia seorg shj yg bole nmpk ank dia.ppuan tu takleh berubat org kalau ank dia tu xde cthnya ms ank tu pergi bermain, tido dan sbgainya. org bunian pn mcm kite manusia cuma xdpt dilihat. menurut ppuan/bomoh tu lg, ank dia selalu bpesan supaya ibu dia sentiasa merendah diri...jgn riak...jgn tinggal solat, slalu berzikir dan sebagainya. dan jika pesakit yg dtg masih dlm rawatan hospital atau masih dlm rawatan dgn org lain,ank bunian tersebut akn menolak utk mndptkn khidmatnya dgn cara baik.nasihat ank bunian tu,kalau xberjaya jgk baru berikhtiar dgn dia. Satu lagi ppuan/bomoh tu ckp dia xdpt berubat secara jarak jauh...means...org tu mesti dtg kerumahnya. alasannya,ank dia bkn jin yg bole dihantar ke sn utk mngesan penyakit.

Tu kisah psl bomoh.ni yg satu lg mak aku ckp,kwn baik dia sndiri ilang baby ms kandungn 7 bulan.menangis2 cerita kt mak aku.skrg,husband kwn mak aku tu je yg bole nmpk ank dia.katanya ank dia tu sihat di alam lain.sedih kn?ank yg dikandung tiba2 hilang.yg ni mcm percaya sket sbb mmg bnyk cite yg aku dgr.


Aku xtau sgt psl bunian ni.So...korang tau psl org bunian ni? atau kalau korang ada cite or pglmn berkaitan dgn org bunian,kite sm2 share ok?