Saturday, January 23, 2010

Air selusuh

Aku sbenarnya xbrp paham sgt psl air selusuh ni...ptt ke nnt aku minum? xslh ke dsisi agama? klu korg ada mklumt or pndangan psl air selusuh ni, kongsi2 la...

Slalunya doc n nurse xkasi minum air slusuh terlalu awl..mlainkan saat2 hmpir bersalin/meneran..tu mnurut hubby aku la..tp aku xpasti la plk knp xbole..xplk menanya dgn detail...tp yg aku dgr dr mulut org,nurse bknnya xbg minum..nnt klu minum sakit berpanjangan tp jln xbukk..ksian nnt sakit terlalu lm.ni mlalui pngalmn dorg handle bnyk kes..


Melalui petikan dr majalah Pa & Ma keluaran Mac 2009

Air selusuh digunakan sebagai satu IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadith. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS asalkan tidak bercanggah dengan hukum Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan : "Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman."

Walaubagaimanapun , kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk memudahkan bersalin. Ingatlah ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.

Antara bahan yang boleh digunakan sebagai selusuh ialah air masak, minyak kelapa muda, minyak zaitun, minyak masak, kurma atau kismis. Anda dan suami digalakkan membaca doa Nabi Yunus dan doa ketika mengandung serta doa agar dijauhi gangguan syaitan.



Sekian shj utk kali ini...sgala pandangan dan pendapat sgt dialu2kn...
blog comments powered by Disqus