Friday, February 12, 2010

Anak dalam kandungan hilang.. :'-(

Hahaha...bkn ank dlm kndungan aku yg hilang(nauzubillah...mtk dijauhkn). Tengah asyik berrrblogwalking tiba2 aku dpt panggilan drpd mak kt kampung bertanyakn khabar aku n bkl cucu dia.ahakss...spatutnya ank la yg kne rjin kol mak kn?tp ni tbalik plak..(thanks ma...ailebiu so muchhh!!) borak punye borak tiba2 terkeluar topik psl org bunian. nk tau cite x?maka...baca la entry ni smpai abis..xpnjg mn pn.xpaksa kalau taknak baca..huhuhu..

Sekadar gambar hiasan..

Beginilh kisahnye.Alkisah...taibb....alkisah maka tersebutla kisah..taiiiiiiiiiibb. Sang kancil beramai-ramai mngadap keduli yg maha mulia sultan firaun.mn firaun pakai sultan.....hehehe aku dh mula merapu.teringat kt pak aziz n pak sudin.

OK...OK...kalini aku srius. Bbrp ari lps mak aku ikut kwn gi berubat. sekadar nk teman kwn.tp x plk aku tanya sakit apa.dlm ati ni risau gk kot2 mak aku g jumpa bomoh yg ngarut ntah hape2 cthnya yg menggunakn jin. Setau aku dalam islam kn xleh berubat menggunakn perantaraan. Ma aku kata juz gi amek ubat. bomoh tu tak jampi apa2 pn.juz kutip daun2 herba kwasn rumah mengikut jnis pnyakit. muda lg bomoh tu..umur br 28thn. yg buat aku pelik, menurut mak aku bomoh tu berinteraksi dgn anknya yg dikatakn org bunian..dan ank bunian itu dikatakn kembar kpd anknya yg berusia 6thn.ank bunian tu la yg bole kesan penyakit dan bg arahan kt mak dia apa jnis ubat/herba dan mengajar doa2 drpd surah tertentu dlm al-quran yg harus diamalkan pesakit.
Aku mcm tak puas ati.bunian ke jin?ntah2 tipu. Pastu mak aku ckp org tu br je jd bomoh. dlu dh kecoh psl seorg dr ank kmbar dia hilang kne amek ngn org bunian ms bersalin. Ms buat check up n scan, mmg sah dia pregnant ank kmbar. ms melahirkan ank2 dia tu,puas dia bgtau doc n nurse yg dia dh keluarkn kedua2 babynya. smpai gaduh2 ngn dorg. ye la kan..dh nmpk br sorg kluar.. dorg suro la push kuarkn baby 1 lg.cek puny cek...mmg btul...dh xde dlm perut.haha....pelik kn?

Skarg ni ppuan tu org panggil bomoh..dh boleh berubat org.tu pn malaui ank dia yg dikatakn dh jd org bunian. hanya dia seorg shj yg bole nmpk ank dia.ppuan tu takleh berubat org kalau ank dia tu xde cthnya ms ank tu pergi bermain, tido dan sbgainya. org bunian pn mcm kite manusia cuma xdpt dilihat. menurut ppuan/bomoh tu lg, ank dia selalu bpesan supaya ibu dia sentiasa merendah diri...jgn riak...jgn tinggal solat, slalu berzikir dan sebagainya. dan jika pesakit yg dtg masih dlm rawatan hospital atau masih dlm rawatan dgn org lain,ank bunian tersebut akn menolak utk mndptkn khidmatnya dgn cara baik.nasihat ank bunian tu,kalau xberjaya jgk baru berikhtiar dgn dia. Satu lagi ppuan/bomoh tu ckp dia xdpt berubat secara jarak jauh...means...org tu mesti dtg kerumahnya. alasannya,ank dia bkn jin yg bole dihantar ke sn utk mngesan penyakit.

Tu kisah psl bomoh.ni yg satu lg mak aku ckp,kwn baik dia sndiri ilang baby ms kandungn 7 bulan.menangis2 cerita kt mak aku.skrg,husband kwn mak aku tu je yg bole nmpk ank dia.katanya ank dia tu sihat di alam lain.sedih kn?ank yg dikandung tiba2 hilang.yg ni mcm percaya sket sbb mmg bnyk cite yg aku dgr.


Aku xtau sgt psl bunian ni.So...korang tau psl org bunian ni? atau kalau korang ada cite or pglmn berkaitan dgn org bunian,kite sm2 share ok?



Wednesday, February 10, 2010

MaLu Nk DeDah 'Tuuuuut'....

Smlm ada terima panggilan telefon dr sorg kawan baik. Hari ni dpt idea nk tulis isu perbualan kami smlm..

Dlm perbualan telefon..

Pn.A: zue...btul ckp ko...alhamdulillah aku dh dsahkan pregnant...hepinya aku..dh lm sgt aku tunggu.
Aku
: tahniah2....seronok aku dgr..haha ank aku nnt ada geng..ada alahan x?

Pn.A:Stakat ni blum lg...cuma emosi aku je xstabil. ko plk dh ok? hubby ko kt unit O&G lg ke?
Aku: skang ni aku dh 7bln..ada la skit2 lg alahan tu...tp xteruk mcm dlu.hubby aku dh posting unit lain...kt medical.
Pn.A: snang la ko nk branak nnt.husband ko doc..dh biasa smbut baby.slmt la aurat ko dr doc laki len yg tgk if xde doc ppuan.err...aku dh lm nk tny..apa hukum doc laki tgk aurat ppuan ek?mksud aku ms bsalin tu.dh tentu la kne dedah aurat.
*
*

Entry aku kali ni nk cite bab dedah aurat ms bersalin...bnda ni awl2 lg aku tny Mr.Hubby. ye la..ni melibatkn maruah kite.sape yg xmalu klu lelaki yg tgk aurat kite.ngn doc ppuan pn dh malu2..apa lg doc lelaki kn?

Keutamaan untuk merawat wanita diberikan mengikut keutamaan berikutt:
1) Doktor muslimah yang thiqah
2) Doktor lelaki muslim.
3) Doktor wanita non-muslim.
4) Doktor lelaki non-muslim. Tu pun kalau semua yang dlm susunan diatas takde.

Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.

Jadi, jika diharuskan melihat, membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu, iaitu:

1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian lelaki muslim, kemudian doktor wanita kafir, kemudian barulah lelaki kafir.

2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Wallahu a’lam. Bkn snang2 or sj2 doc nk tgk. Dh tugas seorg doktor utk merawat dan selamatkn nyawa pesakit. tu pn ada syrat2 (mcm kt ats)...dan doktor terlebih dahulu akn meminta izin utk merawat pesakit walaupn d bhgian yg tidak dedah aurat. sape2 yg lbih tau dlm hal ni betulkan la apa yg xbtul n sm2 la kite share ilmu..


Sumber : Soal Jawab Agama ALAF 21, http://agama.zonalaf.com.my



Monday, February 8, 2010

Sungguh Kejam!!!!! Ada nafsu nk liwat baby 5bln??

Sedih sungguh baca berita utusan malaysia online (klik di sini) mengenai bayi lelaki 5 bulan mati dipercayai diliwat. Bayi malang yang tidak tahu apa2 tu meninggal dunia dipercayai akibat didera dan diliwat oleh manusia berhati binatang. Aku sbgai bkl ibu xlama lg, rs sgt sensitif bab2 bayi ni.. kecewa...sedih...knp dorang sanggup wat mcm tu.Lagi menyedihkan bl tau suspek utama yg melakukan perkara tu adalh bapa baby tu sndiri.Rasa nk mengalir air mata. Hanya mereka yg bernafsu binatang sj sanggup membunuh bayi secara kejam.
*

*
*

Berdasarkan bedah siasat terhadap bayi lelaki itu, terdapat kesan kecederaan di badan, termasuk di bahagian dubur yang dipercayai akibat perbuatan liwat.

Bayi malang itu pada mulanya dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan selepas mendapati anak mereka dalam keadaan 'nyawa ikan' pada kira-kira pukul 9 malam, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bagaimanapun selepas diperiksa, bayi itu disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

"Menurut laporan doktor, terdapat kesan lebam dan cedera pada tubuh bayi malang itu, termasuk kesan diliwat," katanya ketika ditemui pada majlis mesra rakyat penduduk kawasan Subang Perdana di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Arjunaidi, polis menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 19 tahun yang merupakan ibu bapa kepada bayi malang tersebut.

Kata beliau, pasangan itu yang tidak mempunyai anak lain, ditahan sehari selepas kejadian, iaitu pada 1 Februari lalu di sebuah tanah perkuburan di Sungai Buloh, dipercayai selepas mengkebumikan anak mereka.

Beliau berkata, pasangan itu yang bekerja di bahagian percetakan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

"Tempoh tahanan reman mereka sepatutnya tamat hari ini. Polis telah memohon lanjutan tempoh reman sehingga 12 Februari depan bagi membantu siasatan," jelas beliau.

Menurut Arjunaidi, polis tidak menolak kemungkinan bapa bayi itu adalah suspek utama dalam kes liwat dan penyebab kematian bayi tersebut.

*

*

Korang rasa la kn....apa hukuman yg patut diberikn kt org2 mcm ni?


Binatang pn sayangkn anak...

p/s~Anak adalah amanah Allah sekaligus anugerah-Nya yang sangat besar bagi suatu keluarga. Anak adalah harta dan perhiasan yang tak ternilai dan tak tergantikan.




Sunday, February 7, 2010

Ulat Keluar Dari Muka.......

Haha....sebenarnya nk ckp psl resdung...entry kali ni berkisarkan info kesihatn. betul ke resdung dikaitkan dgn ulat? memandangkan aku sndiri pn ada alahan/resdung, pg td cari info psl resdung atau perkataan lainnya sinusitis.bukk youtube, jumpa video ni....video mnunjukkn ulat keluar dari muka.



Sbnrnya aku xberapa percaya psl resdung berpunca dari ulat..aku dgr bnyk kaedah perubatan tradisional utk mengeluarkan ulat.slh satunya dgn menggunakn lipas.ada orang kata kt bdn lipas tu sndiri ada ulat...bl dipicit lipas tu kt muka,kluarla ulat tu.xtau la btul ke x. aku pnah tanya Mr.Hubby psl ni...as a doktor, jwpn dia pendek je..ntah...yg dia tau resdung/sinusitis ni berkait dgn radang hidung.

Then aku search google lg...tjumpa la 1 web menyatakn resdung tiada kaitan dgn ulat (klik di sini) dan aku copy paste info tu utk share ngn korang.
*
*
*

Resdung Tiada Kaitan 'Ulat'

Dalam satu bilik kecil, seorang pengamal perubatan tradisional mengasapkan wajah seorang pesakit kononnya bagi mengubati pesakit resdung.

"Sekejap lagi kamu akan lihat ulat kecil keluar daripada muka kamu dan itulah ulat yang menyebabkan kamu menghadapi resdung," demikian kata bomoh berkenaan bagi meyakinkan pesakit.

Bagaimanapun, beberapa ketika kemudian, kenyataan bomoh berkenaan benar-benar terjadi. Dari muka pesakit, kelihatan timbul ulat kecil menyerupai hampas kelapa yang dikatakan punca penyakit resdung.

Resdung mungkin menjadi antara penyakit yang popular di negara ini lantaran kaedah rawatannya tidak saja tertumpu di hospital atau pusat perubatan tetapi turut memenuhi kaki lima dan pasar.

Ramai mendakwa mampu mengubati penyakit itu malah menggunakan pelbagai kaedah rawatan yang menghasilkan pelbagai `punca' penyakit itu daripada lendir sehinggalah ulat seumpama hampas kelapa yang keluar daripada pipi pesakit. Tidak ketinggalan juga laporan mengatakan bahawa kaedah digunakan hanyalah penipuan.

Mendengar penerangan Perunding Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak Pusat Perubatan Darul Ehsan (Demc), Dr Abd Razak Rahman Hamzah, mungkin menyebabkan pesakit lebih berhati-hati dan memikirkan kembali kesahihan kaedah rawatan yang digunakan. Tiada kaitan antara ulat yang terhasil di bahagian muka dengan penyakit resdung atau disebut `sinusitis' dalam istilah perubatan malah penyakit itu juga tidak memberi kesan terhadap kulit seperti berlakunya jerawat.

Sinusitis

Beliau berkata, ini disebabkan sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku pada rongga sinus yang terletak di tengkorak manakala jerawat adalah masalah kesihatan membabitkan kulit.

Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Frontal, Sphenoidal, Ethmoid dan Maxillary.

Apabila membran mukos mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukos atau lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.

Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak.

Sehubungan itu, seseorang yang menghidapi selesema tetapi tidak sembuh selepas seminggu, mereka mungkin menghidap sinusitis dan perlu mendapatkan rawatan segera.

Rawatan awal iaitu kurang empat minggu, mungkin boleh diubati menggunakan ubat dan antibiotik tetapi jika kronik atau berlarutan melebihi lapan minggu, ia memerlukan pembedahan.

Mengesan Resdung

Untuk mengesan penyakit resdung, kaedah endoskopi digunakan iaitu tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala penyakit itu.

Jika mukos di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula tulang yang bengkok serta membuang ketumbuhan.

80 peratus daripada penghidap asma berpotensi menghidap sinusitis dan bagi penghidap penyakit itu, walaupun sudah pulih sama ada menerusi pengambilan antibiotik atau pembedahan, mereka masih berisiko untuk mendapat kembali jangkitan pada masa akan datang, bergantung kepada tahap imunisasi badan masing-masing.

Sinusitis tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Bagaimanapun, masalah alahan atau asma boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.