Sunday, February 19, 2012

Terima Kasih Pembaca !!!

Assalamualaikum...

Harini sgt excited nk update blog. pendek pn jadi la..sekadar nk berterima kasih kpd mereka yg sentiasa/masih lg mengikuti blog sy yg serba kekurangan ni...
vavavava...bajet femes la tuh... =p

Dah entah kali ke berapa orang yg saya tak kenal,bila jumpa ada bgtau 'saya selalu baca blog akak'..antaranya mcm kes kt bwh ni..

Kes 1..
Semalam,husband inject customer kat kuantan..

A: sy ada baca blog akk.
Saya: ye ke..yg mana? (dalam kepala ni duk fikir blog bisnes/kedai)
A:ada psl suami keje kt spital temerloh
Suami: haa...saya la tu
A: dlm blog tu ada ckp psl suami drakula..
Saya:(sambil gelak2...) btul la tu..blog akk




Kes 2..
(Kat KL, mjlis wedding junior husband ms study kt mesir dulu)

Suami:tahniah..wife doktor jgk ke?
Kwn Suami: ha'ah..blajar sama2..kebetulan sy dpt contact number poknik ni pn dari wife.dia selalu baca blog kak nik
Suami:oooo


Sekian saja coretan pendek...skrg masa blogging sgt la terhad..

Thursday, February 2, 2012

Hati-hati pilih taska

gambar hiasan



Assalamualaikum..

Dulu, saya pernah merasa jawatan dan gaji yg agak bagus walaupun pd masa itu hanya dgn diploma. Tapi,masih blm berpuas ati..lps tu saya sambung blajar ke peringkat ijazah.alhamdulillah berjaya menamatkan pelajaran yg sy rasa pointer jauh lebih bagus dari dulu.mungkin disebabkan semangat belajar tu lebih tinggi krn sentiasa mendapat sokongan dan rasa nk jd pandai seperti kekasih hati (pd ketika itu juga sedang belajar dimesir dlm jurusan perubatan) yg kini dh bergelar SUAMI tercinta.hehe..terkenang n rindu plak ms dolu2. Dah abis belajar,rasa tak sabar nk bekerja tp tertangguh sbb berkawin dan tak lama slps tu mngandung...dapat plk alahan teruk.bila dh dapat ank,rs xsanggup nk ltak kt rumah asuhan.so,sy decide tunggu ank bsar skit.bila ank dh bsar,mngandung lg..n alahan lagi teruk dari yg dulu.ada je halangan.maka...terbantut la nk keje.skrg ank ke2 dh kluar..tengah 'kompius'...nk keje ke tak? sy pnah nekad nk kerja sbb rasa sgt2 stress n letih nk menjaga ank yg tgh buas ni.jgn ingat jadi suri rumah ni tak penat tau.tambah plak ada ank kcik..(baby dh nk masuk 2bln).

walaupn ank sulung sy nakal dan buas,tapi rasa sayang kt ank tu lg tinggi.bila terbaca kisah ank didera pengasuh dan mcm2 cerita yg berlaku di taska,saya rasa saya taknak kerja..cukup dgn bisnes yg ada (masih setahun jagung dan diusahakan oleh adik ipar saya di kuantan).ilmu (ijazah) yg sy ada cukup la jadi bekalan untuk saya didik ank2.kt bawah ni artikel yg saya baca mngenai taska/perkongsian ibu bapa yg alami masalah di taska.anda juga boleh baca di sini.

TAMAN asuhan kanak-kanak atau Taska penuh dengan pelbagai cerita. Ada cerita gembira dan tidak kurang pula cerita duka.

Kisah bayi dan kanak-kanak mati ketika berada di pusat asuhan bukan perkara baru. Malah, bukan satu dua cerita mengenainya sering mengisi dada-dada akhbar. Ada bermacam-macam cerita dan tragedi.

Tetapi bagi ibu bapa yang bekerja, terutama yang tinggal di bandar apa pilihan yang mereka ada? Bagi yang berpendapatan sederhana, untuk menggaji pengasuh dari negara jiran kosnya terlalu tinggi. Di samping itu ada pelbagai risiko lain yang perlu ditanggung sebab tidak semua amah akan bekerja dengan jujur dan ikhlas.

Akhirnya pilihan terbaik ialah menghantar anak ke Taska atau rumah pengasuh.

Ada kanak-kanak yang gembira setiap kali mahu dihantar ke Taska. Ada pula yang menangis tidak mahu ditinggalkan bersama pengasuh di Taska.

Apabila anak-anak enggan dan menangis setiap kali dihantar ke Taska tentu ada yang tidak kena.

Tentu ada pengamalan pahit atau menakutkan yang menyebabkan taska menjadi igauan buruk atau fobia pada mereka.

Bagi Noor Faradilla Kamal, 31, pengalaman melihat sendiri anaknya disuap beramai-ramai dalam satu bekas plastik ais krim memberikan pengalaman pahit buatnya.

Lantas dia bertindak mengeluarkan anaknya daripada Taska tersebut.

Cerita ibu muda itu, dia sengaja membuat lawatan mengejut ke Taska itu untuk melihat aktiviti yang dijalankan.

Namun, apa yang disaksikannya ialah perkara menyedihkan yang tidak sepatutnya dilakukan pada kanak-kanak yang belum mengenal apa-apa.

“Ketika sampai di Taska, saya sangat terkejut melihat anak saya disuapkan nasi hanya berlaukkan ikan goreng tanpa kuah dalam bekas plastik ais krim yang dikongsi dengan anak-anak lain.

“Biarpun tidak menyalahi undang-undang , tetapi sebagai ibu saya sedih melihat kejadian tersebut. Sedangkan saya makan makanan yang enak tetapi anak pula diberikan makanan yang tidak seimbang,” ujar Noor Faradilla yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di ibu kota.

Selepas kejadian tersebut, dia terus berbincang dengan suami untuk mencari Taska yang lebih baik untuk anaknya.

Ceritanya, sebelum ini dia dan suami memilihi Taska tersebut kerana berdekatan dengan kawasan tempat kerja. Ia demi memudahkan mereka tanpa memikirkan faktor keselamatan anak-anak.

“Tetapi selepas kejadian itu, kami betul-betul mencari Taska yang terbaik untuk anak-anak. Biarlah yurannya lebih mahal tetapi ia berpadanan dengan perkhidmatan dan kualiti yang diberikan.

“Lagipun mereka semua dalam proses pembesaran. Paling penting faktor pemakanan perlu dititikberatkan,” ujar ibu kepada Muhammad Ariff, 4, dan Mohd. Adam Haris Mohd. Zahid itu.

Akuinya, selepas kejadian tersebut, dia terpaksa mengambil cuti seminggu semata-mata mahu mencari Taska yang terbaik untuk kedua-dua anaknya.

Tetapi, Taska yang kedua itu juga turut meninggalkan pengalaman pahit apabila anaknya sering demam dan dijangkiti kudis di seluruh badan.

Malah anaknya sering mengadu lapar selepas pulang ke rumah.

“Tidak tahan mendengar keluhan anak-anak, saya tukarkan ke Taska lain dengan yuran yang lebih mahal,” kata Noor Faradilla.

Jelasnya, bila terkenangkan nasib anak, dia terasa mahu berhenti kerja dan menjaga mereka sendiri. Tetapi apakan daya kos kehidupan yang terlalu tinggi di ibu kota memaksa dia terus bekerja.

Katanya, sepanjang mencari Taska yang terbaik, dia mendapati banyak operasi Taska tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan dan tidak mementingkan soal kebersihan .

“Sepatutnya kita sebagai ibubapa perlu memeriksa tempat yang akan dijadikan ‘rumah kedua’ bagi anak-anak kita,” ujarnya.

Tambahnya, wang ringgit tidak harus dijadikan alasan untuk menyediakan Taska yang terbaik kerana nyawa anak lebih berharga.

Kini dia bersyukur, dua orang anaknya ditempatkan di Taska yang berdaftar dan dijaga oleh pengasuh yang terlatih dan mempunyai bilangan jagaan yang tidak terlalu ramai.

Malah, lebih memudahkan, Taska itu juga berdekatan dengan kawasan tempat bekerja bagi membolehkan dia berulang-alik melawat anaknya ketika masa rehat.

Sementara itu bagi ibu muda, Nor Shadira Jamaluddin, setiap kali balik rumahnya anaknya takut untuk ke tandas.

“entah kenapa setiap kali masuk ke tandas, Nadhirah akan menangis seperti ada sesuatu yang tidak kena. Perkara ini sangat merisaukan saya,” ujar ibu muda yang berasal dari Batu Pahat, Johor, itu.

Katanya, pada peringkat awal dia hanya menjangka anak sulungnya itu takutkan sesuatu apabila ke tandas .

“Keadaan itu amat memeningkan kami suami isteri,” ujarnya.

Namun satu hari tergerak hatinya untuk melihat aktiviti di Taska yang menempatkan anaknya ketika dia keluar bekerja.

“Macam tidak percaya apabila melihat anak saya di kurung dalam tandas setiap kali membuat bising di Taska tersebut,” katanya menceritakan pengalaman menghantar anak ke Taska.

Ceritanya, dia pernah bertanya kepada pengasuh mengapa anaknya itu dihukum sebegitu rupa. Jawapan yang diberikan ialah sebagai didikan kepada anaknya setiap kali melakukan kesalahan.

“Saya tidak menafikan anak-anak yang sedang membesar memang lasak. Tetapi cara tersebut bukan sesuatu yang baik kepada mereka. Malah ia memberi kesan yang mendalam kepada pembesaran anak tersebut,” ujar Nor Shadira yang kesal dengan tindakan Taska tersebut.

Katanya, memikirkan masa depan anak-anak yang sedang membesar dan trauma setiap kali ke tandas dia menukar anaknya ke Taska lain.

“Dahulu saya hanya memikirkan diri saya semata-mata. Tetapi selepas kejadian tersebut, kami betul-betul teliti dengan aktiviti di Taska.

“Biarpun yuran lebih mahal tetapi ia berbaloi demi perkembangan anak-anak. Paling penting dan keutamaan saya adalah Taska yang lebih selamat dan berdaftar,” ujarnya.

Nasihatnya, sebelum mendaftar masuk anak-anak, dia menasihati ibu bapa supaya memeriksa sendiri jadual yang ditawarkan kepada anak-anak serta keadaan persekitaran tempat tersebut.

“Perkara itu penting, tambahan pula anak-anak berada seharian di situ,” ujar Nor Shadira.