Friday, January 29, 2010

Wanna Win Posh Sunglass and 60% Discount On Frame?? Answer this!

Salam

Arini aku di tag oleh my hubby nyer sepupu...kak murnihati . also got msg from her ajk join contest..haha..terasa nk cuba jwb soalan2 tu memandangkn aku pn berkacamata. Contest ini terbuka kpd sesiapa shj..jom sertai....


Okeh guys…sesiapa yang jawab soalan2 di bawah layak untuk menerima 60% diskaun atas bingkai2 yang diletakkan dalam blog Uwaiys Optometrist.
Lebih menarik, seorang dari kalian yang menjawab tag ini akan menerima sunglass Posh. Berikut adalah cara untuk sertai contest ni:
•Buat satu entry dan dalam entry itu, jawab soalan2 yang diberikan. Saya hanya ubah sikit2 untuk menguji kefahaman anda.
•Tagkan ia kepada berapa orang pun…tak kisah. Cuma tolong nyatakan, SAYA DI TAG OLEH………
•Jika anda telah buat entry dengan soalan2 itu, sila letakkan permalink anda di
Uwaiys Optometrist sahaja. Tanpa permalink, anda akan terlepas tawaran hebat ini.
•Sila copy paste keseluruhan entry ini ke dalam entry penyertaan anda.
•Tarikh akhir tag ini untuk sesi pertama adalah 28 Feb 2010.

Ada bnyk masa lg..


Soalan yang perlu dijawab adalah :


1. Sejak bila anda mula berkaca mata ?
Saya mula berkaca mata sejak darjah 6 (1996)

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
Agak lucu. Masa tu sy teringin sgt nk berkacamata bila melihat beberapa orang kawan saya berkacamata. Nampak cantik . Saya sendiri tak tau saya ni sebenarnya ada masalah rabun jauh. Ms pihak kementerian kesihatan dtg ke sekolah utk buat pemeriksaan kesihatan dan suntikan BCG, saya bgtau mereka yg saya ada mslh rabun jauh. Bila disuruh menyebut beberapa huruf dan perkataan di dinding,saya bkerut dahi pura2 tak brp nmpk. mereka minta saya mbuat pmeriksaan lnjut di klinik kesihatn (kerajaan) berdekatan dan beri surat temujanji doktor. Saya mula risau dan tak nak tipu lg. Stelah pemeriksaan secara manual dan berkomputer (yg ni mmg takleh tipu kn?) dibuat, mmg sah saya ada mslh rabun jauh dan diberikn surat utk diserahkan kpd ibu bapa. Memandangkan UPSR dh dekat abah cepat2 ajk ke kedai. Kata abah "patut la abah tgk bila angah study asyik bongkok badan mata rapat ngan buku". haha...saya sendiri pn tak prasan.

3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata?
Kalau tak silap saya dalam 150 kiri dan kanan

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
Berbingkai penuh...warna silver, berbentuk bujur. - Ms tu nk tiru mcm slh sorg dr kwn sy..nmpk cantik jerk..(dia dh smemangnya cantik...pkai apa bntuk/jnis pn akn nmpk cantik). nmpk sgt nk pkai spek sbb terpengaruh dgn kwn hehe

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
Juga warna silver tp takde bingkai.bentuk segi empat...

6. Berapa power terkini anda?
250++ kiri dan kanan..

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini?
Rsnya dlm 8-9 kali tukar. tp dlm simpanan cuma ada 3 sbb yg lain dh rosak/patah...so..buang je la huhu

8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya.
-Tak suka bila keluar dr tempat/kereta yg berhawa dingin, kacamata jd kabur..halang pndangn.
- perlu berhati2 ketika membaca dlm keadaan berbaring. pernah sekali kacamata patah bl baring mengiring...sbb terlupa.
-Perlu berhati2 ketika bersukan / menyertai aktiviti lasak


9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
Saya lebih suka kaca mata. Contact lens lg susah nk jg dan mengambil ms utk memakainya. Lg bahaya jika terlupa tanggal ms nk tido. Kwn sy pernah dimasukkn ke hospital..mata rosak dan bernanah disebabkn infection dr contact lens.

10. Optometrist pilihan anda?
Tak pernah tetap...janji murah, cantik dan berkualiti...

11. Pasangan anda berkaca mata ?
Tidak. suami saya takde mslh rabun

12. Apa pandangan anda pada kanak2 yang memakai kaca mata?

Mungkin mereka lebih banyak menonton televisyen secara dekat, membaca dlm keaadan pencahayaan terlalu terang/malap,terlalu lama mngadap komputer dan faktor pemakanan yg menjadi punca kpd rabun hingga terpaksa memakai kaca mata. perkara2 sebegini perlu dielakkan.bg saya,saranan kacamata utk kanak2 ialah jnis yg berbingkai krn knk2 ni lasak.


ok...di sini sy nk tag
mcsue
queen
teah
rosmaria

dan yang sedang membaca entry ni.. jangan lupa letak saya sebagai referrer anda ye..tq
blog comments powered by Disqus